November 19, 2009

Taska Sri Comel

TASKA SRI COMEL




Pengenalan

Taska Sri Comel menyediakan kemudahan untuk ibu bapa yang bekerja di dalam mengasuh dan membimbing kanak-kanak ke arah pembesaran yang cemerlang dan berkualiti di dalam kaedah pengasuhan yang penuh kasih sayang. Merangsang kepada perkembangan menyeluruh dari segi perkembangan bahasa, akal, sosio emosi dan fizikal anak-anak anda dan memastikan mereka mempunyai keperluan yang lengkap untuk memasuki alam pra-sekolah.

Taska Sri Comel beroperasi sejak tahun 1990, diusahakan oleh Puan Hasnah Bt Embi yang mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dalam bidang pengurusan taska. Telah mengikuti kursus yang diwajibkan dalam bidang ini iaitu kursus-kursus seperti Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak, Kursus Penglibatan Ibu Bapa, Kursus Daya Kreatif, Kursus Pengurusan yang Berkualiti, Kursus Kesihatan dan Kebersihan yang lain-lain dalam bidang asuhan kanak-kanak.

Puan Hasnah juga merupakan salah seorang Jurulatih Projek Asuhan Prihatin. Taska Sri Comel juga adalah taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Para pengasuh kami terdiri dari mereka yang terlatih dan berpengalaman. Pendekatan yang kami gunakan adalah pembelajaran melalui bermain dan kaedah bertema merangkumi beberapa sudut.

Perkembangan menyeluruh kanak-kanak berumur 2-4 tahun.
  • Sudut Perkembangan Bahasa
  • Sudut Perkembangan Akal
  • Sudut Main Peranan
  • Sudut Kreatif
Untuk kanak-kanak berumur 2 bulan hingga 4 tahun, disediakan bagunan berasingan. Bilik-bilik disediakan mengikut umur kanak-kanak. Nisbah pengasuh mengikut bilangan kanak-kanak yang telah ditetapkan. Aktiviti harian yang terancang disediakan.

Aktiviti Tahunan :

Hari Taska, Sukaneka, Hari Terbuka dan Penglibatan Ibu Bapa

Introduction

Taska Sri Comel solves the problem of working parents by providing the children with excellent care and love steering them in all aspects of development.

Puan Hasnah began operating in 1990 adn has more than 20 years of experience in quality and care. she has also attended various courses in child care and registered with J.K.M.

Our child minders are well qualified to take care of your children. For ages 2-4 years, we have different corner to develop their language mental dan creative development.

For ages 2 months-4 years, a different building is used. The rooms are fitted to accomodate children according to their ages. Child minders and children ratio are fixed and planned activities are prepared.