November 25, 2009

photos

assalamualaikum, visitors.

marhaba! :)

we have hundreds of pictures to share with you! feel free to visit our flickr! :)

thank you.

have a nice day!

wasalam.

http://www.flickr.com/photos/sri_comel/sets/

November 19, 2009

Taska Sri Comel

TASKA SRI COMEL




Pengenalan

Taska Sri Comel menyediakan kemudahan untuk ibu bapa yang bekerja di dalam mengasuh dan membimbing kanak-kanak ke arah pembesaran yang cemerlang dan berkualiti di dalam kaedah pengasuhan yang penuh kasih sayang. Merangsang kepada perkembangan menyeluruh dari segi perkembangan bahasa, akal, sosio emosi dan fizikal anak-anak anda dan memastikan mereka mempunyai keperluan yang lengkap untuk memasuki alam pra-sekolah.

Taska Sri Comel beroperasi sejak tahun 1990, diusahakan oleh Puan Hasnah Bt Embi yang mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dalam bidang pengurusan taska. Telah mengikuti kursus yang diwajibkan dalam bidang ini iaitu kursus-kursus seperti Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak, Kursus Penglibatan Ibu Bapa, Kursus Daya Kreatif, Kursus Pengurusan yang Berkualiti, Kursus Kesihatan dan Kebersihan yang lain-lain dalam bidang asuhan kanak-kanak.

Puan Hasnah juga merupakan salah seorang Jurulatih Projek Asuhan Prihatin. Taska Sri Comel juga adalah taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Para pengasuh kami terdiri dari mereka yang terlatih dan berpengalaman. Pendekatan yang kami gunakan adalah pembelajaran melalui bermain dan kaedah bertema merangkumi beberapa sudut.

Perkembangan menyeluruh kanak-kanak berumur 2-4 tahun.
  • Sudut Perkembangan Bahasa
  • Sudut Perkembangan Akal
  • Sudut Main Peranan
  • Sudut Kreatif
Untuk kanak-kanak berumur 2 bulan hingga 4 tahun, disediakan bagunan berasingan. Bilik-bilik disediakan mengikut umur kanak-kanak. Nisbah pengasuh mengikut bilangan kanak-kanak yang telah ditetapkan. Aktiviti harian yang terancang disediakan.

Aktiviti Tahunan :

Hari Taska, Sukaneka, Hari Terbuka dan Penglibatan Ibu Bapa

Introduction

Taska Sri Comel solves the problem of working parents by providing the children with excellent care and love steering them in all aspects of development.

Puan Hasnah began operating in 1990 adn has more than 20 years of experience in quality and care. she has also attended various courses in child care and registered with J.K.M.

Our child minders are well qualified to take care of your children. For ages 2-4 years, we have different corner to develop their language mental dan creative development.

For ages 2 months-4 years, a different building is used. The rooms are fitted to accomodate children according to their ages. Child minders and children ratio are fixed and planned activities are prepared.

Tadika Sri Comel Manja





Pengenalan

Tadika Sri Comel Manja memberi pendedahan awal dalam pendidikan yang sempurna dari semua aspek pertumbuhan, seimbang dan bersepadu dari segi perkembangan intelek, bahasa, rohani dan moral, fizikal, sosio emosi, kreativiti dan estetika. Ini adalah untuk memastikan keperluan yang lengkap untuk anak-anak anda bagi menyediakan mereka memasuki alam persekolahan.

Diusahakan oleh Puan Hasnah Binti Embi yang telah menpunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang kanak-kanak. Mempunyai Diploma Pendidikan dan Perkembangan Awal Kanak-kanak. Tadika Sri Comel Manja mula beroperasi dari tahun 1993 di Gombak dan mula berkembang ke Bandar Sri Comel pada tahun 1995. Diusahakan oleh Puan Hasnah Binti Embi yang tekah mengikuti kursus lengkap Persatuan Tadika Malaysia (P.T.M) Tahap 1-6, Kursus Montessory, Kursus Pra-Sekolah dan lain-lain kursus seperti Smart Reader dan E-Xtra (Kaedah Cepat Membaca) serta yang lain berkaitan tadika dan pra-sekolah.

Bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa melayu dan bahasa inggeris. Guru-guru kami adalah daripada mereka yang berkelayakan dan mempunyai lebih kurang 10 tahun pengalaman mengajar.

Tadika Sri Comel Manja berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri. Sistem yang digunakan adalah menepati garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Kanak-kanak akan diberi pendedahan untuk yakin, berketrampilan, berakhlak mulia, dan berdisiplin serta percaya kepada kebolehan yang ada pada diri sendiri. Berani tampil kehadapan dan memupuk kemahiran berfikir, kecekapan berkomunikasi, budaya suka membaca, kemahiran menulis dan mengira dengan baik. Melahirkan kanak-kanak yang kreatif, imiginatif dan ekspresif.

Kukurikulum

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Agama Islam (Feqah, Tauhid, Akhlak, Jawi, Doa) Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni, Muzik, Komputer, Gimnastik dan Iqra'.

Ko-Kurikulum


Sukan, Konsert, Lawatan, Perkelahan dan Penglibatan Ibu Bapa.

Introduction

Tadika Sri Comel Manja gives early exposure in excellent education from various aspect ranging from intellectual, spiritual, and physical development in order to prepare the children for school.

Tadika Sri Comel Manja has been operational since year 1993 and established by Puan Hasnah Bt Embi who has completed the entire 6 steps in the P.T.M course, the montessory course and various other courses related to pre-school.

The kindergaten is registered with the education department and has abided by their rules and regulations.

Bahasa and English language is used as the medium of instruction. The teachers are well qualified and are able to instil courage, knowledge and self confidence to futher improve themselves in the 3 years.